Tuesday, 23 April 2013

Nilai dan Definisi Nilai serta Kata Kunci


Bidang 1 : Perkembangan Diri
Nilai 1 : Kepercayaan Kepada Tuhan
Definisi Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi Segala Suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kata kunci 1 : Keyakinan wujudnya TuhanKata kunci 2 : mematuhi segala suruhan-Nya
Nilai 2 : Amanah
Definisi : sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kata kunci 1 : sikap bertanggungjawabKata kunci 2 : boleh menimbulkan kepercayaan atau
boleh menimbulkan keyakinan orang lain
Nilai 3 : Harga diri
Definisi : keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kata kunci 1 : memulia maruah diriKata kunci 2 : menjaga maruah diri
nilai 4 : Bertanggungjawab
Definisi : Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kata kunci 1 : memikul tugas serta kewajipanKata kunci 2 : melaksanakan tugas serta kewajipan
Nilai 5 : Hemah Tinggi
Definisi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian .

kata kunci 1 : beradab sopanKata kunci 2 : berbudi pekerti mulia
Nilai 6 : Toleransi
Definisi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kata kunci 1 : bertolak ansurKata kunci 2 : sabarKata kunci 3 : mengawal diri
Nilai 7 : Berdikari
Definisi : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kata kunci 1 : kebolehan melakukan sesuatu atau kesanggupan melakukan sesuatuKata kunci 2 : tanpa bergantung kepada orang lain

Nilai 8 : Kerajinan
Definisi : Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju
dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata kunci 1 : usaha yang berterusanKata kunci 2 : semangat ketekunan kecekalan, kegigihan, dedikasi,
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Nilai 9 : Kasih sayang
Definisi : Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kata kunci 1 : cinta yang mendalamKata kunci 2 : cinta yang berkekalan
Nilai 10 : Keadilan
Definisi : Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Kata kunci 1 : tindakan yang saksama atau keputusan yang saksama
Kata kunci 2 : tidak berat sebelah
Nilai 11 : Rasional
Definisi : Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kata kunci 1 : boleh berfikir
Kata kunci 2 : mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
Nilai 12 : Kesederhanaan
Definisi : Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain.

Kata kunci 1 : bersikap tidak keterlaluanKata kunci 2 : tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain


Bidang 2 : Kekeluargaan

Nilai 1 : Kasih sayang terhadap keluarga
Definisi : Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam
dan berkekalan terhadap keluarga.

Kata kunci 1 : perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalamKata kunci 2 : perasaan cinta, kasih dan sayang yang berkekalan

Nilai 2 : Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Definisi : Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi
dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

Kata kunci 1 : memuliakan setiap anggota keluargaKata kunci 2 : dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yanga harmonis
Nilai 3 : Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Definisi : Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

Kata kunci 1 : menerima, menghormati dan mengamalkanKata kunci 2 : kebiasaan, adat dan kepercayaanKata kunci 3 : diwarisi
Nilai 4 : Tanggungjawab terhadap keluarga
Definisi : Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh individu terhadap keluarga
untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluarga
dan menjaga maruah keluarga.

Kata kunci 1 : kewajipan terhadap keluargaKata kunci 2 : untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan
imej keluarga dan menjaga maruah keluarga.
Bidang 3 : Alam Sekitar

Nilai 1 : Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Definisi : Kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar
dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Kata kunci 1 : memelihara alam sekitarKata kunci 2 : memulihara alam sekitar / sekeliling
Nilai 2 : Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Definisi : Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan
alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara.

Kata kunci 1 : hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekelilingKata kunci 2 : kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara
Nilai 3 : Kemapanan alam sekitar
Definisi : Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Kata kunci 1 : pengekalan keseimbangan alam sekelilingKata kunci 2 : tanggungjawab bersama
Nilai 4 : Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Definisi : Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Kata kunci 1 : prihatin terhadap persoalan alam sekelilingKata kunci 2 : berusaha menyelesaikannya
Bidang 4 : Patriotisme

Nilai 1 : Cinta akan negara
Definisi : Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Kata kunci 1 : perasaan sayang dan banggaKata kunci 2 : meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Nilai 2 : Taat setia kepada raja dan negara
Definisi : Kepatuhan yang berkekalan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Kata kunci 1 : kepatuhan yang berkekalanKata kunci 2 : kesetiaan yang berkekalan
Nilai 3 : Sanggup berkorban untuk Negara
Definisi : Kerelaan melakukan atau kerelaan menyerahkan sesuatu
termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Kata kunci 1 : kerelaan melakukan / kerelaan menyerahkanKata kunci 2 : tanda kebaktian untuk negara

Bidang 5 : Hak asasi manusia

Nilai 1 : Melindungi hak kanak-kanak
Definisi : Membela, memberi naungan, dan memelihara
hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Kata kunci 1 : membela kanak-kanakKata kunci 2 : memberi naungan kanak-kanakKata kunci 3 : memelihara hak kanak-kanak

Nilai 2 : Menghormati hak wanita
Definisi : Melindungi dan mengiktirafkan wanita sebagai individu
yang boleh memberi dan sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan negara.

Kata kunci 1 : melindungi wanitakata kunci 2 : mengiktirafkan wanita
Nilai 3 : Menghormati hak golongan kurang berupaya
Definisi : memberi layanan secara bersopan kepada golongan
kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirafkan
mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

kata kunci 1 : memberi layanan secara bersopankata kunci 2 : mengiktirafkan mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
nilai 4 : melindungi hak pengguna
Definisi : Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,
mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi.

Kata kunci 1 : membela hak individuKata kunci 2 : memelihara hak individu
nilai 5 : melindungi hak pekerja
Definisi : Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa
dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Kata kunci 1 : menghormati perkhidmatan, jasa dan sumbanganKata kunci 2 : menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbanganKata kunci 3 : mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan

Bidang 6 : demokrasi

Nilai 1 : Mematuhi peraturan dan undang-undang
Definisi : Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Kata kunci 1 : menerima peraturan dan undang-undangKata kunci 2 : mematuhi peraturan dan undang-undang

Nilai 2 : Kebebasan bersuara
Definisi : Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman .

kata kunci 1 : kebebasan berucap
kata kunci 2 : mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu
Nilai 3 : Kebebasan beragama
Definisi : Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembangaan Malaysia.

Kata kunci 1 : kebebasan menganutiKata kunci 2 : mengamalkan agamanyaKata kunci 3 : yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
Nilai 4 : Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Definisi : Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.

Kata kunci 1 : Kebebasan melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti pembangunan negaraKata kunci 2 : mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.
Nilai 5 : Sikap keterbukaan
Definisi : Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan
dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta norma masyarakat Malaysia.

Kata kunci 1 : memberi pandangan, pembaharuan dan kritikanKata kunci 2 : menerima pandangan , pembaharuan dan kritikan
Bidang 7 : Keamanan dan keharmonian

Nilai 1 : hidup bersama secara aman
Definisi : Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Kata kunci 1 : hidup berbaik-baikKata kunci 2 : mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup

Nilai 2 : Saling membantu dan bekerjasama
Definisi : Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kata kunci 1 : usaha yang baik atau usaha membina
Kata kunci 2 : dilakukan bersama

Nilai 3 : Saling menghormati antara negara
Definisi : Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat.

Kata kunci 1 : menghargai hubungan antara negaraKata kunci 2 : memuliakan hubungan antara negara














No comments:

Post a Comment